HEADLINES

Seleweng dana zakat RM230j: Timbalan pengerusi NGO antara dua ditahan reman

Suspek berusia 57 dan 61 tahun direman hingga 25 April

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap dua lelaki termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 57 dan 61 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Shah Alam pada jam 9.07 pagi menaiki van SPRM.

Semalam, SPRM Selangor menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah RM230 juta.

Menurut sumber, dua lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an ditahan dalam operasi sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan pada jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Siasatan awal dalam kes itu mendapati kesemua suspek, dua daripadanya adalah pengarah syarikat, disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 hingga 2024.

Timbalan pengerusi NGO terbabit juga dikatakan sudah memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi.

Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO berkenaan adalah sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan memerlukan. – 22 April, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related