HEADLINES

Kabinet gugur GEG kerana nasihat salah Peguam Negara: Khairy

Bekas Menteri Kesihatan tegaskan Malaysia sebenarnya mampu meluluskan undang-undang larangan rokok generasi baharu seperti Britain

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, negara sebenarnya mampu meluluskan undang-undang melarang generasi baharu membeli rokok seperti diluluskan Parlimen Britain, sambil mendakwa keputusan lalu dipengaruhi kesilapan nasihat oleh Peguam Negara.

Ketika menjadi Menteri Kesihatan, Khairy telah menyediakan peruntukan undang-undang bagi tujuan berkenaan sebelum meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2022, susulan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15.

“Namun, peruntukan itu digugurkan kerana industri tembakau/vape didakwa berjaya mempengaruhi Kabinet untuk menolaknya.

“Dan pada pandangan saya, peguam negara ketika itu telah memberi nasihat yang salah kepada Kabinet,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Semalam, dua dewan Parlimen Britain meluluskan rang undang-undang (RUU) yang akan melarang kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah membeli rokok sepanjang hayat mereka.

RUU tembakau dan vape itu bertujuan menghalang sesiapa yang lahir selepas 1 Jan 2009 (kini berusia 17 tahun) daripada mula merokok.

Kenyataan Khairy itu dipercayai merujuk kepada RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok atau Generasi Penamat (GEG).

Peruntukan GEG bertujuan melarang penjualan dan penggunaan produk tembakau kepada mereka yang lahir pada atau selepas 1 Jan 2007, telah digugurkan daripada RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.

Dewan Negara sebelum ini menyaksikan permohonan maaf dari Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berikutan pengguguran peruntukan itu, yang menurut Jabatan Peguam Negara adalah tidak berperlembagaan. – 22 April, 2026

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related