◉ HEADLINES

Langkah diambil 14 Adun Umno dan BN Negeri Sembilan adalah keputusan sendiri: Zahid

President Umno berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu berhubung krisis kerajaan negeri

6:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keputusan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di Negeri Sembilan adalah keputusan sendiri dan kepimpinan Umno akan meneliti perkara itu di peringkat Majlis Tertinggi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau akan berjumpa dengan Adun-Adun berkenaan dalam masa singkat.

Zahid juga berkata, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu berhubung krisis kerajaan Negeri Sembilan itu.

“Umno pusat mengetahui tentang apa yang mereka rancangkan dan apa yang mereka umumkan. Sistem yang ada pada Umno lazimnya menghormati dan menyantuni keputusan daripada perhubungan negeri berkenaan atau Adun berkenaan.

“Perkara ini akan dirujuk dan diputuskan bila dibawa ke Majlis Tertinggi. Lihat semua aspek dan dalam perkara ini akan diteliti,’’ katanya pada sidang media selepas wawancara eksklusif bersama Presiden Umno sempena ulang tahun Umno ke-80 di sini, hari ini.

Zahid berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan 14 Adun Umno dan BN di Negeri Sembilan yang menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Berikutan itu lima Adun Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mengumumkan sedia bekerjasama dengan 14 Adun Umno dan BN itu bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Bakar, surat kerjasama turut diserahkan kepada BN negeri yang diwakili Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapha Nagoor.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Pakatan Harapan memenangi 17 kerusi, BN (14) manakala Perikatan Nasional memperoleh lima kerusi. – 27 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

Police to summon Zamri Vinoth over alleged threatening, racist remarks

This following a police report lodged against the remarks purportedly made during a TikTok live broadcast

◉ Related