◉ HEADLINES

MP Machang ketagih perhatian: Fahmi

Beliau berkata Wan Ahmad Fayhsal sepatutnya lebih arif mengenai peraturan jika ingin berdebat tentang sesuatu isu

9:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai ‘ketagih perhatian’ apabila mencabar beliau dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berdebat mengenai isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd kepada BlackRock Inc.

Beliau berkata Wan Ahmad Fayhsal sepatutnya lebih arif mengenai peraturan jika ingin berdebat tentang sesuatu isu.

“Dia adalah seorang yang ketagih perhatian dan dia kalau nak debat sepatutnya janganlah bawa surat layang ke Parlimen… dia sepatutnya datang ke Parlimen dan berbahas mengikut peraturan tapi saya nampak dia sekarang tersakiti.

“Lagipun saya rasa dia seorang yang ketagih perhatian dan nakkan orang ramai melihat dirinya,” kata Fahmi kepada pemberita selepas merasmikan program Jejak Panda oleh foodpanda Malaysia di Pantai Dalam di sini hari ini.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Fahmi dan Rafizi di pentas neutral bagi menjawab persoalan berkaitan isu penggantungan beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Julai lepas.

Rafizi, menerusi hantaran di laman X baru- baru ini, telah mengajak Wan Ahmad Fayhsal berdebat mengenai topik ‘kesan merancakkan ekonomi dengan mencetak wang’ di platform podcast. – 13 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Immigration clearance at KLIA meets 25-minute target most of the time: home minister

When there are delays, they are due to changes to flight schedules causing simultaneous arrivals

◉ Related