HEADLINES

Kapten tentera didakwa bunuh pencipta kandungan ‘Advance Gaming’

Jad Faid Arhan didakwa membunuh pencipta kandungan warga Bangladesh di Lebuhraya MEX dan berdepan dua pertuduhan memandu secara mabuk

11:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai tentera berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang pencipta kandungan permainan popular dikenali sebagai Advance Gaming, warga Bangladesh, dalam insiden di Lebuhraya Maju (MEX) minggu lalu.

Tertuduh, Jad Faid Arhan, 31, turut berdepan dua pertuduhan memandu secara mabuk. Dia mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Jad didakwa menyebabkan kematian Mozahid Millad, 22, pada jam 5.30 pagi di KM1.9 MEX dari arah Salak Selatan menuju Jalan Tun Razak.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Di hadapan Majistret Tg Syazwany Yasmyn Tuan Roslan, Jad Arhan turut didakwa atas dua lagi pertuduhan memandu kenderaan jenis Ford Fiesta di bawah pengaruh minuman memabukkan yang menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan itu.

Perbuatan itu telah menyebabkan kecederaan parah kepada pemandu e-hailing Jailani Sapih, 41, dan penumpangnya Nafisa Tabassum Adiba, 20, yang juga isteri kepada Mozahid, di tempat dan masa sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun, dan denda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM50,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datuk Mohd Nordin Ismail memohon kes untuk dipindahkan ke mahkamah terdahulu untuk dibicarakan bersama.

“Mohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Majistret 2 kerana tertuduh menghadapi pertuduhan bunuh di sana dan tiada jamin diberikan di mahkamah tersebut. 

“Di hadapan mahkamah ini juga, saya bantah permohonan jamin,” katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak memohon ikat jamin kerana anak guamnya terlibat dalam satu lagi kes berkaitan bunuh.

Kedua-dua mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, polis mengesahkan kemalangan itu dan siasatan awal mendapati Ford Fiesta dipandu pegawai tentera yang dipercayai mabuk telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 41 tahun itu, yang membawa dua penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Insiden itu menyebabkan seorang lelaki Bangladesh maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala rakan senegaranya wanita berusia 20 tahun dan pemandu e-hailing cedera. – 30 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Related