HEADLINES

Satu daripada 22 kapal GSF 2.0 berjaya hubungi setakat 7 malam ini : Fahmi 

Kapal dikenali sebagai "TamTam" itu sebelum ini terputus hubungan selama lebih 10 jam selepas alat komunikasi dan enjinnya disabotaj

9:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu daripada 22 kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF), yang dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan ke Gaza, berjaya dihubungi setakat 7 malam ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kapal dikenali sebagai “TamTam” itu sebelum ini terputus hubungan selama lebih 10 jam selepas alat komunikasi dan enjinnya disabotaj.

Jurucakap Kerajaan MADANI itu memaklumkan perkara tersebut selepas menerima taklimat terperinci  daripada Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

“Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pencabulan rejim Zionis di perairan antarabangsa, lebih-lebih lagi apabila insiden ini turut melibatkan 10 rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi akan terus memantau pelaporan media bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada umum adalah tepat dan sahih.

Fahmi menyeru orang ramai agar mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi khususnya SNCC, agensi kerajaan serta media arus perdana bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran berita tidak benar.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan turut mengecam tindakan rejim Israel terhadap misi berkenaan dan menyeru umat Islam agar memperbanyak doa serta solat hajat bagi memohon keselamatan semua aktivis terlibat.

SNCC hari ini mengesahkan enam daripada 22 kapal yang dipintas dan diceroboh tentera rejim Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza melibatkan 10 rakyat Malaysia.

Sani Araby berkata mereka ialah Zainal Rashid Ahmad yang menaiki kapal Arkham III, Osman Zolkifli dan Dr Jihan Alya Mohd Nordin (Eros 1) serta Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dan Norhelmi Ab Ghani (Bianca BCN). 

Turut terlibat ialah Mohd Redzal Amzah dan Muhamad Muhsin Zaidi, masing-masing berada dalam kapal Freia dan Marea serta Mohd Shamsir Mohd Isa (Esplai II). – 30 April, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related