◉ HEADLINES

Pendirian 14 Adun BN Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap Aminuddin muktamad: Jalaluddin

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan berkata tindakan 14 Adun BN bukan soal politik atau kuasa, tetapi demi mengelakkan krisis adat Negeri Sembilan daripada terus parah

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Umno Negeri Sembilan menegaskan pendirian 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, adalah muktamad dan tidak akan berubah.

Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata tindakan itu diambil susulan hilangnya keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin dalam mengemudi pentadbiran negeri.

Beliau menegaskan keputusan drastik itu bukan didorong oleh agenda politik, perebutan kuasa atau cubaan ‘tebuk atap’, sebaliknya berkaitan isu urus tadbir yang menyentuh sensitiviti institusi adat dan Raja di negeri berkenaan.

“Ini bukan soal politik atau kuasa, tetapi berkaitan urus tadbir kerajaan yang menguruskan institusi adat dan Raja di Negeri Sembilan.

Umno tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan ini demi kepentingan negeri bagi mengelakkan krisis adat menjadi lebih parah,” katanya kepada pemberita selepas berucap di Konvensyen 80 Tahun Umno, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Krisis politik Negeri Sembilan mula tercetus apabila beberapa isu pentadbiran dikaitkan dengan kegagalan kerajaan negeri mengurus hal ehwal adat secara teliti, termasuk keputusan yang dianggap menjejaskan kedudukan institusi Raja.

Ketegangan memuncak apabila 14 Adun BN secara kolektif menarik sokongan terhadap Aminuddin, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan perubahan kepimpinan negeri.

Langkah tersebut dilihat sebagai tamparan besar kepada kerajaan negeri, kerana sokongan BN sebelum ini menjadi tonggak kestabilan pentadbiran.

Situasi ini menambah tekanan terhadap Aminuddin yang kini berdepan cabaran mempertahankan kedudukannya di tengah krisis politik dan adat yang semakin meruncing. – 2 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related