HEADLINES

‘Relaks..DUN Johor tidak bubar hari ini’: Onn Hafiz

Menteri Besar Johor menepis khabar angin pembubaran DUN hari ini, menegaskan kestabilan pentadbiran dan kebajikan Bangsa Johor kekal menjadi keutamaan berbanding politik pilihan raya

11:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akhirnya terjawab apabila Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, secara rasmi menafikan desas-desus yang bertiup kencang bahawa pilihan raya negeri bakal diadakan dalam masa terdekat.

Tegas beliau, tumpuan ketika ini harus diberikan sepenuhnya kepada gerak kerja untuk rakyat, manakala agenda politik pilihan raya perlu diletakkan ke tepi bagi memastikan kesinambungan inisiatif pembangunan negeri tidak terganggu.

“Saya ingin mengumumkan bahawa DUN Johor tidak akan dibubarkan pada hari ini, jadi boleh relaks, Ahli Yang Berhormat, saya sarankan jangan risau pasal Pilihan Raya Negeri (PRN).

“ … terus berkhidmat untuk rakyat dan Bangsa Johor, soal pilihan raya kita tolak ke tepi dahulu, banyak lagi program dan juga inisiatif yang perlu kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Onn Hafiz mengakui wujudnya spekulasi yang mendakwa sidang kali ini adalah yang terakhir sebelum pembubaran, ekoran “suasana” berbeza yang dipamerkan oleh barisan kepimpinan negeri sepanjang sesi perbahasan berlangsung.

“Saya lihat ada sedikit kelainan dalam sesi perbahasan dewan ini, mungkin kerana suhu politik semakin meningkat, ada yang kata bahawa ini mungkin sidang DUN terakhir sebelum PRN, ada yang bermohon maaf, bersalam-salaman,” tambah beliau lagi.

Khabar angin mengenai PRN Johor mula bertiup kencang sejak akhir-akhir ini selepas beberapa figura politik mula mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai persediaan pilihan raya serta pengumuman kerusi tumpuan oleh parti-parti tertentu.

Untuk rekod, penggal pentadbiran kerajaan negeri Johor hanya akan berakhir secara rasmi pada April 2027. – 7 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related