HEADLINES

ROS arah MTUC bubar sementara

Ia susulan kegagalan MTUC mengemukakan penyata kewangan serta kunci kira-kira yang telah diaudit dan arahan pembubaran sementara dibuat di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966

7:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengarahkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dibubarkan sementara berkuat kuasa hari ini susulan kegagalan mengemukakan penyata kewangan serta kunci kira-kira yang telah diaudit.

Menerusi surat bertarikh hari ini, ROS memberitahu arahan berkenaan dibuat di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.

MTUC juga, kata notis berkenaan, tidak melampirkan maklumat perihal kewangan atau harta daripada pihak luar negara bagi tempoh antara 2020 hingga 2025

“ROS mendapati MTUC tidak mematuhi arahan bertulis bertarikh 6 April lalu, khususnya berkaitan penyerahan penyata kewangan dan kunci kira-kira yang diaudit.

“Berikutan kegagalan mematuhi arahan tersebut, pertubuhan ini diperintahkan dibubarkan sementara berkuat kuasa mulai tarikh notis ini bermula 7 Mei 2026,” demikian menurut laporan media.

Menurut ROS, MTUC diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri (KDN).

Jika tiada rayuan dibuat dalam tempoh 30 hari atau rayuan ditolak Menteri Dalam Negeri, perintah sementara tersebut akan menjadi mutlak dan pertubuhan itu juga disifatkan sebagai menyalahi undang-undang.

Menurut RoS, mana-mana individu yang mengurus atau membantu pengurusan pertubuhan yang dibatalkan pendaftarannya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. – 7 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related