HEADLINES

Musa Hassan langsungkan perkahwinan dengan Qistina Lim

Perkara itu turut dikongsi penceramah, Tuan Asmawi menerusi video di Facebook

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dikhabar melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita dikenali Qistina Lim.

Berita gembira itu dilapor dikongsikan seorang individu dipercayai adiknya, Mohammad Izzat Hassan.

Bahkan, penceramah, Tuan Asmawi Tuan Umar turut berkongsi video pendek berdurasi beberapa saat menerusi Facebook beliau, memaparkan acara resepsi perkahwinan pasangan berkenaan yang didakwa berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor malam tadi.

“Resepsi perkahwinan Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim’,” tulisnya menerusi keterangan di video itu.

Musa Hassan dan isterinya, Qistina Lim pada acara resepsi perkahwinan mereka yang dilapor diadakan di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi. Gambar media sosial, 24 September, 2023

Manakala, menerusi keterangan gambar dikongsi Mohammad Izzat, dia meluahkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada abang sulungnya itu.

“Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin serta abang kepada saya,” katanya.

Dia turut menyambut baik kehadiran Qistina sebagai kakak iparnya dengan menggelarkan wanita itu sebagai ‘kak long’ (kakak sulung).

“Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke Jannah,” katanya.

Sebelum ini, Musa berkahwin dengan Elly Afizahwati Abdul Jalil selama kira-kira 10 tahun, namun wanita itu dilapor memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa. – 24 September, 2023

Topics

 

Hangat

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related