HEADLINES

Pemegang MyKad lama tidak diwajibkan tukar baharu menjelang 1 Jun: Saifuddin

Saifuddin Nasution berkata undang-undang tidak mengatakan mulai 1 Jun apabila MyKad baharu dikeluarkan, pemegang MyKad lama wajib terus menukar kad mereka

12:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pemegang MyKad lama di negara ini tidak diwajibkan untuk menukar kepada MyKad baharu menjelang pelancarannya pada 1 Jun ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, meskipun MyKad adalah satu kewajipan namun tidak disebut semua rakyat perlu menukar kad secara serentak.

“Memiliki MyKad adalah satu kewajipan, tetapi tidak disebut semua rakyat perlu menukar kad secara serentak (pada tarikh pelancaran kad baharu itu). Jadi saya minta jangan berpusu-pusu pergi ke JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) untuk tukar, ambillah sedikit masa.

“Undang-undang tidak mengatakan mulai 1 Jun apabila MyKad baharu dikeluarkan, pemegang MyKad lama wajib terus menukar kad mereka,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatannya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Stesen Bukit Chagar bagi meninjau projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, di Johor Bahru, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pemilikan MyKad diwajibkan bagi individu apabila mencapai usia 12 tahun, dan ketika ini terdapat lebih 20 juta rakyat di negara ini memiliki kad pengenalan tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias dilaporkan berkata MyKad baharu itu akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.

Beliau berkata antara ciri keselamatan itu ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

Katanya, selain Mykad, MyPoCA dan MyTentera turut akan menampilkan versi baharu pada bulan depan. – 8 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related