◉ HEADLINES

Fahmi umum peruntukan NADI dan Komuniti Madani, sokong peniaga MBMB

Menteri Komunikasi berkata dana itu akan digunakan untuk memperkukuh keusahawanan peniaga kecil di Pasar Besar MBMB, termasuk latihan digital dan sokongan permohonan subsidi Madani

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan menyalurkan peruntukan kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Komuniti Madani bagi melaksanakan program penerangan khusus untuk peniaga di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang di sini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata hasil tinjauannya hari ini mendapati ramai peniaga memohon supaya diadakan kelas jualan secara dalam talian selain bantuan berkaitan permohonan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi) Individu bagi diesel.

“Bagi peniaga-peniaga kecil, mereka boleh ada yang tak tahu macam mana nak mohon untuk BUDI Individu sebagai contoh, jadi ini antara usaha yang perlu dimantapkan termasuk melalui Komuniti Madani.

“Keusahawanan itu menjadi satu daripada lima teras utama (di NADI) termasuklah jualan secara dalam talian, jadi kita minta supaya NADI memberi sedikit kelas kepada para peniaga yang ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jiwa@Komuniti Madani: Sembang Santai Parlimen Hang Tuah Jaya di Pasar Besar MBMB di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan.

Pada program itu, Fahmi meluangkan masa lebih dua jam menyantuni peniaga gerai makanan, barang basah dan kering bagi mendengar pandangan serta permasalahan mereka. – 9 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

What if we die? Serdang Hospital heart patients see angiograms delayed one year

The hospital’s cardiology department is constantly at overcapacity, with resources pushed to the limits, and patients suffering

Southern Tigers ready to do what it takes to keep Bergson in JDT

The 34-year-old Brazilian is currently being targeted by Sport Club do Recife from Brazil’s top football league

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related