HEADLINES

Kerajaan akan bincang laporan dakwaan permohonan pengampunan Jho Low minggu depan: Fahmi

Fahmi berkata isu itu timbul ketika mesyuarat Kabinet sedang berlangsung hari ini, oleh itu tidak dibincangkan secara rasmi

5:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kabinet dijangka membincangkan laporan berhubung permohonan pengampunan yang didakwa dikemukakan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat minggu depan.

Jurucakap Kerajaan Madani yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isu itu timbul ketika mesyuarat Kabinet sedang berlangsung hari ini, oleh itu tidak dibincangkan secara rasmi.

“… namun, perkara itu pastinya akan dibawa ke perhatian Kabinet minggu depan,” katanya, lapor Bernama pada sidang media mingguan di Angkasapuri di sini hari ini.

Terdahulu, Jho Low yang merupakan individu yang paling dikehendaki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dilaporkan kini memohon pengampunan daripada Presiden Donald Trump dengan permohonan berkenaan difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Memetik laporan Wall Street Journal (WSJ), laman web Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan satu permohonan yang masih menunggu keputusan bagi “Pardon after Completion of Sentence” atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

Seperti semua permohonan lain, peluang Low untuk mendapatkan pengampunan akhirnya bergantung kepada Trump dan sekumpulan penasihat undang-undangnya.

Jho Low, yang didakwa mendalangi kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM20.7 bilion) daripada Malaysia melalui kes 1MDB itu hilang pada 2016 ketika pihak berkuasa dari Singapura hingga ke Australia dan AS menyiasat kes penipuan besar-besaran tersebut.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan Malaysia telah menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada pihak berkuasa AS berhubung permohonan pengampunan yang didakwa itu, Fahmi berkata perkara berkenaan tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Saya minta pihak media supaya merujuk perkara ini sama ada kepada Menteri Dalam Negeri atau Menteri Luar,” katanya. – 13 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related