◉ HEADLINES

Pelarasan subsidi RON95 pilihan akhir kerajaan: penasihat ekonomi PM

11:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelarasan subsidi petrol RON95 akan menjadi pilihan terakhir kerajaan susulan kesan langsung kepada perbelanjaan isi rumah, kata penasihat kanan ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein.

Menurut Nurhisham, isu petrol sangat sensitif dan ia mempunyai impak terus kepada rakyat.

“Petrol adalah isu yang sangat sensitif dan memberi kesan langsung kepada poket rakyat.

“Walaupun ada pelarasan subsidi petrol, ia akan ditolak ke kemudian hari,’’ katanya ketika muncul dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan yang disiarkan di YouTube semalam.

Nurhisham berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membuat tindakan drastik sekiranya harga minyak pada bulan Julai dan Ogos meningkat dan apa pilihan polisi yang akan dibuat oleh kerajaan selepas mengambil langkah mengurangkan kuota minyak daripada 300 liter kepada 200 liter, yang menjejaskan hanya 10 peratus pengguna di negara ini.

penasihat kanan ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. – Tangkap layar, 29 Mei, 2026

Beliau juga memberitahu, penganalisis menjangkakan Julai dan Ogos menjadi tempoh yang ‘sangat tidak selesa’ untuk pasaran minyak berikutan peningkatan semula permintaan.

“Pada ketika ini, pasaran terlalu optimistik,” katanya.

Ditanya sekiranya perjanjian damai dicapai antara Amerika Syarikat dan Iran serta Selat Hormuz dibuka semula, bilakah bekalan akan normal semula, Nurhisham berkata:

“Empat, lima bulan.

“Ini kerana kesesakan kapal-kapal akan keluar dan masuk, tiga suku daripada telaga minyak telah ditutup dan proses untuk membuka telaga itu akan mengambil masa yang akan lama,’’ katanya.

Nurhisham turut memberitahu, data menunjukkan terdapat lonjakan terhadap penggunaan petrol di sebalik langkah rasionalisasi dan inisiatif bekerja dari rumah (WFH) dilaksanakan untuk sektor awam.

“Data ada lonjakan, walau pun dengan WFH dilaksana oleh kerajaan, ada naik sikit penggunaan petrol. Kami masih cuba memahami sebabnya.

“Mungkin sebab minggu ini cuti panjang,’’ katanya.

Justeru Nurhisham memberitahu, penjimatan perlu dilakukan bukan sahaja dari aspek bahan api malah meliputi air dan makanan yang dibuang akibat tarikh luput.

“Bukan sekadar tenaga, tetapi makanan dan air juga isu penting,” katanya.

Beliau turut memberitahu, bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ketika ini mencukupi, dengan alternatif disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika ada berlaku kekurangan bekalan.

“Sekiranya betul betul kritikal, KKM ada alternatif ubat lain,’’ katanya. – 29 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related