◉ HEADLINES

Ops Water: Pendakwaan fail rayuan hukuman ringan bekas Pengarah Jabatan Air Sabah

Pendakwaan fail rayuan terhadap hukuman ringan lapan tahun dan denda RM284.3 juta ke atas bekas Pengarah Jabatan Air Sabah dalam kes Ops Water, sambil mencabar pembebasan isteri dan bekas timbalannya

5:28 PM MYT

 

KOTA KINABALU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan pada 25 Mei 2026 terhadap hukuman yang dianggap terlalu ringan ke atas bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib.

Rayuan turut difailkan terhadap perintah pelepasan dan pembebasan isterinya, Fauziah Piut, serta bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng.

SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu sebelum ini mensabitkan Ag Mohd Tahir atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai keseluruhan kira-kira RM49.7 juta di bawah AMLATFPUAA 2001.

“Hukuman penjara lapan tahun bagi setiap pertuduhan diperintahkan berjalan serentak, menjadikan tempoh sebenar hanya lapan tahun.
Mahkamah turut mengenakan denda keseluruhan RM284.3 juta, dengan tambahan 78 bulan penjara jika gagal membayar,” kata kenyataan itu.

SPRM berkata mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara dan pembayaran denda sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai, dengan syarat jaminan sedia ada dikekalkan.

Dalam prosiding sama, Fauziah Piut dilepaskan daripada 19 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai kira-kira RM2.2 juta, manakala Lim Lam Beng turut dibebaskan daripada empat pertuduhan bernilai kira-kira RM2.3 juta.

“Mahkamah juga mendapati Ag Mohd Tahir dan Fauziah tidak bersalah terhadap dua pertuduhan bersama melibatkan aset bernilai kira-kira RM6.5 juta,” jelas kenyataan itu lagi.

Kes berprofil tinggi Ops Water bermula susulan siasatan pada Oktober 2016 terhadap kegiatan pengubahan wang haram dan pemilikan aset dipercayai hasil aktiviti haram melibatkan pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa pada 29 Disember 2016 dan melalui perbicaraan hampir sedekad sebelum keputusan disampaikan.

Suruhanjaya itu menambah mahkamah turut memerintahkan permohonan perlucuthakan harta di bawah Seksyen 55 AMLATFPUAA 2001 ditangguhkan sehingga rayuan selesai sepenuhnya.

“Status quo semua barang kes dikekalkan dan sebarang pemulangan harta hanya boleh dibuat selepas pelupusan muktamad rayuan di mahkamah lebih tinggi,” katanya. – 1 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related