◉ HEADLINES

‘Fitnah jahat’, Ketua Umno Beruas nafi dakwaan tampar cucu Nik Aziz

Sementara itu, Nik Alif Aiman bertegas insiden berlaku di depan saksi UiTM dan sudah membuat laporan polis, menuntut keadilan demi maruah keluarga Tok Guru

10:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Beruas, Datuk Azhar Ahmad, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia menampar cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam satu program anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tular semalam.

Azhar menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat terhadap dirinya dan menegaskan tiada sebab untuk dia bertindak sedemikian.

“Anak ini sangat mesra dengan saya. Apa sebab saya nak tampar dia? Puluhan saksi ada dalam dewan itu, saya sangat mesra, sayang (dia) seperti anak sendiri. (Kejadian tersebut) fitnah jahat terhadap saya,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau yang juga bekas senator menambah, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan terus daripada pihak UiTM.

“Memang sangat jahanam ayat ‘menampar’ itu,” tegasnya.

Terdahulu dalam satu kenyataan Azhar dimaklumkan bahawa Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi, 23, adalah anak saudara kepada seorang sahabatnya.

“Dalam suasana yang mesra, saya bersalaman dan menyentuh pipinya sebagai tanda kemesraan memandangkan hubungan saya dengan keluarganya,” katanya.

Namun, pada 30 Mei lalu, Nik Alif membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menuntut siasatan lanjut demi mempertahankan maruah keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Nik Alif, mendakwa dirinya ditampar seorang bekas senator kira-kira jam 6 petang, 20 Mei lalu di Institut Latihan Memperkasa Ummah, Janda Baik, Bentong.

Menurutnya, insiden berlaku selepas sesi bergambar apabila beliau memperkenalkan diri sebagai cucu Allahyarham Nik Abdul Aziz.

“Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba beliau menampar pipi kiri saya menggunakan tangan kanannya.
Tamparan itu tidak menyebabkan kecederaan fizikal jelas, tetapi cukup kuat sehingga kepala saya terhayun,” katanya.

Insiden itu dakwanya berlaku di hadapan 10 hingga 15 saksi termasuk pegawai dan pimpinan tertinggi UiTM.

“Saya berasa terhina, malu dan tercalar maruah keluarga saya, khususnya sebagai waris kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri, mengesahkan laporan diterima dan kes disiasat oleh IPD Bentong.

Dalam perkembangan berkaitan, Azhar turut mengesahkan beliau sendiri sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut. – 2 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related