HEADLINES

Sarawak muncul sebagai pemegang saham terbesar Affin Bank

Sehubungan itu, Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81% sebelum ini kepada 31.25%

8:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sarawak melalui anak syarikat milik penuhnya, SG Assetfin Holdings Sdn Bhd, telah memuktamadkan perjanjian pembelian saham (SPA) Affin Bank daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd.

Sehubungan itu, Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81% sebelum ini kepada 31.25%.

Dalam satu kenyataan hari ini, Affin Bank Bhd berkata langkah strategik itu dijangka mempercepatkan pertumbuhannya dan mengukuhkan status bank itu sebagai institusi kewangan terkemuka dalam industri perbankan.

Sementera itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan kerajaan negeri untuk meningkatkan pegangannya dalam Affin didorong oleh keperluan untuk mewujudkan platform kewangan dan sinergi dengan bank yang kukuh dan cekap, yang mana ia akan menjadi penting kepada Sarawak bagi meningkatkan potensi ekonominya yang besar.

“Dengan memanfaatkan rangkaian dan kepakaran Affin yang luas, kami akan bekerjasama untuk membuka peluang-peluang baharu, memudahkan akses kepada modal dan mencetuskan semangat keusahawanan dalam kalangan rakyat kita.

“Secara bersama-sama, kita akan membina ekosistem kewangan yang memupuk inovasi, menggalakkan dan memperkasakan celik kewangan serta membolehkan komuniti kita mencapai aspirasi mereka,” katanya.

Abang Johari juga menegaskan bahawa bank yang memberi sokongan kepada kerajaan negeri berupaya memainkan peranan penting dalam mencapai objektif Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030.

“Affin Bank boleh menjadi salah satu pemangkin kritikal untuk menyokong Sarawak dalam memenuhi agenda ekonominya yang mampan,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata keputusan strategik itu dijangka memberi pulangan positif yang besar dalam bentuk dividen yang kompetitif dan mampan kepada pencarum LTAT yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah berkata bank itu terus komited untuk mengukuhkan kedudukannya.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan semua pihak untuk mencapai matlamat bersama dan menyampaikan nilai yang luar biasa kepada para pemegang taruh kami,” tambahnya. – 27 September, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related