HEADLINES

DAP pertahan semua kerusi disandang di Johor, Negeri Sembilan: Loke

Proses pemilihan calon bagi mewakili DAP pada PRN Johor dan Negeri Sembilan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Calon, dianggotai oleh lima individu termasuk Loke

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP akan mempertahankan semua kerusi penyandang di Johor dan Negeri Sembilan selain bertanding di beberapa kerusi tambahan di Johor, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Menurutnya, ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan rundingan secara muktamad dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) menjelang hujung minggu ini.

Beliau memberitahu, pendirian itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang diadakan malam tadi.

Loke memberitahu, proses pemilihan calon bagi mewakili DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu akan ditentukan oleh sebuah Jawatankuasa Pemilihan Calon yang dianggotai oleh lima individu termasuk beliau sendiri.

“Yang lain ialah Gobind Singh Deo (Pengerusi Kebangsaan), Nga Kor Ming (Timbalan Pengerusi Kebangsaan), Teo Nie Ching (Ketua Wanita DAP) dan Chong Chieng Jen (Ketua Parlimen DAP),’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Malam tadi, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi.

Sementara DUN Johor turut dibubarkan berkuatkuasa 1 Jun selepas mendapat mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi. PRN Johor ke-15 diadakan pada Mac 2022. Pada PRN15, BN membentuk kerajaan negeri selepas menang 40 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Beliau turut memberitahu, mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan serta Pilihan Raya Negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari 1 Jun, maka Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang sepatutnya diadakan pada 12 Julai ini ditunda ke 16 Ogos.

Dalam pada itu, mesyuarat CEC turut memutuskan menyokong pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas dalam Persidangan Dewan Rakyat bermula 22 Jun akan datang.

DAP juga, katanya menyatakan komitmen untuk memastikan sokongan undi belah bahagi dari kesemua 40 Ahli Parlimen DAP serta menyeru semua Ahli Parlimen untuk memastikan Pindaan Perlembagaan yang bersejarah ini dapat direalisasikan

“DAP terus komited untuk mendokong agenda reformasi institusi dalam kerajaan dan akan berkempen secara bersungguh-sungguh dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan demi kemenangan Pakatan Harapan di kedua-dua negeri tersebut,’’ katanya. – 5 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related