HEADLINES

Pelajar TVET terima latihan AI, kripto, elak terikat dengan kepompong pemikiran lama: Anwar

Ia juga selaras dengan perubahan teknologi selain mengelak negara terikat dengan kepompong pemikiran dan struktur lama yang menghalang pertumbuhan ekonomi negara.

2:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 merupakan keputusan bijak dalam menghadapi perubahan teknologi termasuk bidang kecerdasan buatan (AI), kriptologi dan peralihan tenaga, yang memerlukan kemahiran serta kepakaran baharu bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga selaras dengan perubahan teknologi selain mengelak negara terikat dengan kepompong pemikiran dan struktur lama yang menghalang pertumbuhan ekonomi negara.

Jelasnya, perubahan teknologi baharu itu tidak pernah terfikir dan terjangkau oleh generasi 20 hingga 30 tahun lalu dan kini Malaysia mahu menjadikan naratif teknologi baharu itu sampai kepada rakyat.

“Kita menjurus kepada sistem yang konvensional, kita meneroka kepada bidang yang baru, termasuk Maahad Tahfiz. Kita berikan ruang yang sebelum ini tidak terjangkau kerana kita masih terikat dengan kepompong pemikiran dan struktur lama. Untuk meningkat maju mesti jalurnya kolej, universiti dan lapangan akademik.

“Siapa bicara soal AI 30 – 40 tahun yang lalu? Ada? Mungkin satu atau dua pakar tetapi dia tidak menjadi naratif nasional. Malaysia jadikannya itu naratif nasional dan AI untuk rakyat, nak pastikan kemudahan itu sampai kepada rakyat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang diadakan di Putrajaya hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapannya itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sejajar dengan kepentingan TVET 2.0, kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi memperkukuh pelaksanaan program itu.

Penggunaan dana itu bagaimanapun, katanya, bersyarat iaitu pihak majikan dan industri perlu bekerjasama erat dengan kerajaan bagi menjayakan agenda TVET 2.0.

“Saya tegaskan semula untuk membenarkan hingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah PTPK digunakan untuk TVET 2.0.

“Syaratnya ada syarat. Majikan dan industri bekerjasama dengan kerajaan khususnya dalam Majlis TVET untuk menjayakannya supaya ada penyelarasan. Ini juga akan menambah tentang program latihan dan pendedahan,’’ katanya.

Di bawah kerangka Belanjawan 2026, peruntukan keseluruhan bagi PTPK ditetapkan sebanyak RM650 juta.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan semua badan latihan serta penyelidikan kerajaan diwajibkan menyediakan program latihan dalam bidang baharu kepada pelajar TVET terpilih bermula Julai depan.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk menyelaraskan inisiatif berkenaan demi memperkasakan kemahiran pelajar aliran itu di negara ini.

Beliau berkata sekurang-kurangnya 50 hingga 100 pelajar TVET di setiap institusi terpilih akan diberikan peluang latihan awal dalam bidang baharu dan berteknologi tinggi seperti AI dan kripto.

“(Mereka) dipilih untuk menguasai bidang-bidang yang benar-benar baharu iaitu dalam AI, kripto serta peralihan tenaga,” kata beliau.

Tambah beliau, luar biasa TVET di Malaysia didorong oleh dasar kerajaan yang baik serta komitmen Zahid selaku Pengerusi Majlis TVET Negara.

“Kita telah meningkatkan prestasi (TVET) kita. Di Asean yang saya pasti, TVET Malaysia menjadi antara penanda aras yang penting tentang bagaimana negara boleh memartabatkan latihan TVET dan kini dianggap antara yang utama di Asean.

“Hal ini bermakna, sepertimana saya tekankan kepada rakan dalam Jemaah Menteri dan kerajaan umumnya (kejayaan hadir) kalau kita ada satu dasar yang jelas,” kata Anwar. – 6 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

Related