◉ HEADLINES

Dana RM50 juta bakal realisasi aspirasi TVET 2.0, dimanfaat untuk pelaksanaan program berimpak tinggi

Dana berkenaan, kata Ramanan akan juga digunakan untuk memperkasa perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta mengarusperdanakan TVET sebagai laluan utama pembangunan bakat dan kerjaya negara

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peruntukan dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi memperkukuh pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0, akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pelaksanaan program-program berimpak tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, ia akan juga digunakan untuk memperkasa perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta mengarusperdanakan TVET sebagai laluan utama pembangunan bakat serta kerjaya negara. 

Sambil mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dana tersebut, Ramanan berkata, inisiatif itu akan membantu memperkukuh ekosistem pembangunan kemahiran negara bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan.

“Peruntukan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam membangunkan bakat masa hadapan negara yang berdaya tahan, berkemahiran tinggi dan sejajar dengan keperluan industri. 

“Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi Pelan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menekankan pembangunan modal insan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar ketika merasmikan Sambutan Hari TVET Negara 2026 hari ini berkata, kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi memperkukuh pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0.

Menurut Anwar,  penggunaan dana itu bagaimanapun bersyarat iaitu pihak majikan dan industri perlu bekerjasama erat dengan kerajaan bagi menjayakan agenda TVET 2.0.

“Saya tegaskan semula untuk membenarkan hingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah PTPK digunakan untuk TVET 2.0. 

“Syaratnya ada syarat. Majikan dan industri bekerjasama dengan kerajaan khususnya dalam Majlis TVET untuk menjayakannya supaya ada penyelarasan. Ini juga akan menambah tentang program latihan dan pendedahan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ramanan yakin dana berkenaan akan membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia, pekerja dan usahawan PMKS untuk meningkatkan kemahiran serta menyertai sektor-sektor ekonomi bernilai tinggi. 

Pada masa sama, katanya, inisiatif itu akan membantu negara memenuhi permintaan tenaga kerja mahir yang semakin meningkat, sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab bakat serantau. 

“Dana tersebut akan disalurkan bagi pelaksanaan program-program berimpak tinggi di bawah penyelarasan Majlis TVET Negara (MTVET) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), dengan fokus kepada sektorsektor strategik termasuk Elektrik dan Elektronik (E&E), ekonomi hijau, ekonomi biru serta ekonomi jingga yang dikenal pasti sebagai bidang pertumbuhan baharu dan berpotensi tinggi,’’ katanya.

Tambahnya, peruntukan RM50 juta ini perlu diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak melalui kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi latihan. 

“Sinergi tersebut akan memastikan program TVET sentiasa responsif terhadap perkembangan teknologi baharu, keperluan pelabur serta permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi negara, sekali gus mempercepatkan transformasi ekosistem TVET dan memperkukuh agenda pembangunan bakat Malaysia Madani,’’ katanya. – 6 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

◉ Related