HEADLINES

Syam Ghaz dilantik Ketua Pengarah J-Kom baharu

Pelantikan aktivis politik itu disahkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, bagi menggantikan Ismail yang beralih ke tugasan baharu di Pejabat Perdana Menteri

10:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Mohd Hisyamuddin Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau sebagai ketua pengarah keempat di bawah pentadbiran Kerajaan Madani itu disahkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dalam majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Komunikasi pagi tadi.

Syam Ghaz menggantikan Datuk Ismail Yusop yang telah menamatkan perkhidmatannya selepas lebih setahun menerajui agensi berkenaan untuk beralih ke tugasan baharu di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Saya cuma nak ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ismail yang dipanggil untuk menggalas tugas baru oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Selamat datang kepada saudara Syam Ghaz yang dipilih untuk menerajui Jkom,” kata Fahmi ketika berucap pada majlis tersebut.

Semalam, Ismail yang mesra disapa ‘Tok Abah’ mengesahkan peletakan jawatannya dan memaklumkan beliau telah diberikan tanggungjawab baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebelum mandat baharu ini, Syam Ghaz berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Anak jati Kelantan ini memulakan langkah dalam aktivisme politik sejak era Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau kemudian menyertai Amanah pada 2015 dan pernah bertanding di DUN Apam Putra pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Seterusnya, beliau memilih untuk berhijrah ke PKR dan menjadi calon bagi kerusi Parlimen Kuala Krai pada PRU15.

Kronologi peneraju J-Kom pentadbiran Madani

J-Kom telah memperlihatkan beberapa siri rombakan kepimpinan sejak Kerajaan Madani mengambil alih Putrajaya. Jawatan tersebut pada awalnya disandang oleh Datuk Mohammad Agus Yusof sebagai peneraju pertama. Selepas itu, Setiausaha PKR Selangor, Mohd Khairuddin Othman, mengambil alih tugasan tersebut pada 1 Mac 2023.

Kepimpinan agensi kemudian diteruskan oleh Datuk Ismail Yusop yang mula berkhidmat pada Januari tahun lalu sebelum menamatkan perkhidmatannya pada Jumaat lepas. Susulan itu, Mohd Hisyamuddin Ghazali secara rasminya menjadi individu keempat menggalas tanggungjawab berkenaan bermula hari ini. – 8 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related