◉ HEADLINES

AGC klasifikasi siasatan ugutan terhadap Azam Baki sebagai NFA

Jabatan Peguam Negara putuskan tiada tindakan lanjut selepas penelitian mendapati dakwaan ugutan jenayah terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu tidak dapat dibuktikan, susulan laporan ahli perniagaan Albert Tei

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kertas siasatan terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

AGC dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan ahli perniagaan Albert Tei, atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing.

Hasil penelitian mendapati elemen kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dakwaan ugutan jenayah tidak dapat dibuktikan.

“Oleh yang demikian, kertas siasatan tersebut telah diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai NFA,” menurut kenyataan itu.

Tei sebelum ini mendakwa menerima ancaman daripada Azam ketika cuba mendedahkan skandal rasuah membabitkan ahli politik di Sabah, dan membuat laporan polis pada 13 Mei lalu.

Sabtu lepas, AGC mengesahkan pihaknya meneliti dua kertas siasatan berkaitan Azam – dakwaan ugutan jenayah terhadap Tei serta penerbitan artikel oleh portal Bloomberg.com yang didakwa berunsur fitnah.

Sehari sebelumnya, Azam memfailkan saman fitnah terhadap Tei di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kenyataan yang didakwa palsu serta mencemarkan reputasinya. – 10 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related