HEADLINES

J-Kom buat laporan polis, dakwa diganggu Albert Tei

Empat siri perhimpunan aktivis Albert Tei di Kementerian Komunikasi kini berakhir dengan laporan polis J-Kom, yang mendakwa tindakannya mencetus gangguan serta provokasi terhadap penjawat awam

12:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis Albert Tei susulan dakwaan mengganggu operasi Kementerian Komunikasi melalui beberapa siri perhimpunan sejak bulan lalu.

Ketua Pengarah J-Kom, Mohd Hisyamuddin Ghazali, berkata laporan itu dibuat selepas Albert Tei didakwa beberapa kali berhimpun di hadapan bangunan kementerian sehingga menjejaskan kelancaran penjawat awam menjalankan tugas.

“Laporan polis itu telah dibuat memandangkan beliau sudah empat kali berhimpun di depan Menara Komunikasi. Tindakan berhimpun di situ (memberi) signal yang tidak baik, terutamanya mengganggu-gugat beribu penjawat awam yang bekerja …,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.

Beliau menjelaskan laporan polis itu dibuat mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (provokasi) serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (menghina penjawat awam).

Selain itu, J-Kom turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung dakwaan penyalahgunaan rangkaian komunikasi bagi tujuan gangguan dan provokasi, melibatkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Hisyamuddin menegaskan tindakan itu bertujuan membolehkan siasatan dijalankan secara adil oleh pihak berkuasa.

“Kita minta pihak polis menjalankan siasatan. Jika ada kesalahan, ambil tindakan dan jika sebaliknya, biarlah siasatan menentukan,” katanya.

Sebelum ini, Albert Tei bersama sekumpulan pencipta kandungan melancarkan protes dengan mengadakan bantahan duduk di lobi Kementerian Komunikasi susulan dakwaan sekatan terhadap akaun TikTok miliknya.

Kumpulan itu mendakwa sekatan dibuat secara tidak adil dan menuntut penjelasan berhubung tindakan dikenakan terhadap akaun media sosial tersebut.

Mengulas dakwaan sekatan itu, Mohd Hisyamuddin berkata setiap platform mempunyai garis panduan dan prosedur tersendiri yang perlu dipatuhi pengguna.

“Kalau di situ dah tak lepas, jangan terus salahkan pihak kementerian atau MCMC, kena siasat dahulu,” katanya. – 11 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related