HEADLINES

Gugurkan Radzi, Azmin: Permainan politik PAS makin terserlah, dakwa Ketua Penerangan Bersatu

Tun Faisal mendakwa dengan pengguguran Azmin dan Radzi, undi Bersatu akan berkurang dan dengan kelebihan undi termasuk sokongan Gerakan, segala keputusan akan memihak kepada PAS

12:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap kuku besi dan permainan politik kotor PAS semakin terserlah selepas dua pemimpin utama Bersatu, Datuk Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digugurkan daripada jawatan utama dalam Perikatan Nasional (PN), dakwa Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Ketika mengulas mengenai pengguguran jawatan Azmin dan Radzi, Tun Faisal berkata, keputusan itu menyaksikan jumlah wakil PAS dalam Majlis Tertinggi (MT) PN meningkat kepada lapan orang, iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya, Ketua Pemuda PN dan seorang Ahli MT.

Sebaliknya, bagi Bersatu, hanya tinggal empat wakil iaitu Timbalan Pengerusi, Ketua Wanita dan dua Ahli MT.

“Kasar permainan politik PAS ini. Hari demi hari, sedikit demi sedikit, Allah tunjukkan sikap autoritarian dan politik kotor PAS. Kalau bukan pendekatan ke’Mullah’an dan ke’Talibanan’, mungkin pegangan Machiavellian, yang mana matlamat menghalalkan cara.

“Bukan lagi rahsia terdapat pihak dalam PAS yang berhasrat untuk menguasai PN sepenuhnya serta menyingkirkan Bersatu daripada gabungan tersebut, dan hasrat ini beberapa kali dibayangkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

“Kenyataan anggota Lajnah Undang-Undang PAS serta jentera parti juga memberi gambaran ke arah itu, termasuk usaha menyulitkan pengeluaran watikah calon, memanfaatkan dominasi dalam Majlis Tertinggi untuk menekan Bersatu serta mengetepikan peranan Majlis Presiden dalam proses membuat keputusan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran dengan menggugurkan perkhidmatan dua pemimpin Bersatu iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam gabungan berkenaan, berkuat kuasa serta merta.

Dalam kenyataan malam tadi, Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Samshuri Mokhtar berkata, Azmin digugurkan sebagai Timbalan Setiausaha Agung manakala Datuk Mohd Radzi digantikan sebagai Pengarah Pilihan Raya oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Sementara itu, Subramaniam Surunaryan akan menggantikan Sanusi sebagai Bendahari PN.

un Faisal Ismail Aziz – Gambar Scoop, 18 Jun, 2026

Tun Faisal turut mengulas mengenai mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN yang dimaklumkan akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan kenapa ia perlu diadakan.

Sedangkan sebelum ini, kata beliau, Pengerusi PN didakwa tidak menunjukkan kesungguhan untuk mengurus konflik dalaman PN, tidak memanggil Mesyuarat MT PN, tidak mengadakan rundingan kerusi, mesyuarat persiapan pilihan raya mahupun mesyuarat jawatankuasa electoral pact.

“Beberapa minggu sebelum itu Pengerusi PN seolah-olah ‘ghaib’ tanpa sebarang kenyataan mengenai isu semasa negara dan konflik dalaman PN.

“Sekiranya berlaku pengundian dan diandaikan MIPP menyokong Bersatu, maka jumlah undi Bersatu-MIPP adalah sembilan. Jika diandaikan Gerakan pula menyokong PAS, jumlah undi PAS -Gerakan juga adalah sembilan.

“Maka undi Pengerusi akan menjadi undi pemutus dan dengan pengguguran Radzi serta Azmin, PAS cuba memaksimumkan undi iaitu kepada lapan undi dan pada waktu yang sama mahu mengurangkan undi Bersatu kepada empat,

“Dengan kelebihan ini, PAS boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu kerana mereka yakin dengan sokongan tiga undi Gerakan, keputusan akan berpihak kepada mereka,’’ katanya. – 18 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related