◉ HEADLINES

Roboh tapak penjaja 30 tahun di UTC Sentul bukan halau tapi sebahagian projek pembangunan semula: Datuk Bandar

Baru-baru ini tular di media sosial video yang memaparkan tapak peniaga di depan UTC dirobohkan sehingga mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen, yang turut mempersoalkan kenapa tindakan tersebut perlu diambil oleh DBKL

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh dan mengubah struktur gerai di Jalan 348A berhampiran UTC Sentul bukan bertujuan menamatkan aktiviti perniagaan penjaja, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula di bawah Program Lestari Niaga yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kemudahan penjaja serta menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih selamat, tersusun dan kondusif.

Beliau memberitahu, proses pembangunan semula itu tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya perancangan bermula sejak 2025.

Malah, beberapa siri perbincangan dan sesi libat urus bersama penjaja serta pihak berkepentingan turut diadakan.

Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata proses pembangunan semula itu tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya perancangan bermula sejak 2025. – Gambar fail Bernama, 19 Jun, 2026

“Kawasan penjaja itu wujud hampir 30 tahun dan menjadi antara lokasi tumpuan penduduk setempat.

“Ia melibatkan 33 struktur penjaja dan 20 penjaja dikenal pasti masih aktif menjalankan perniagaan justeru kerja-kerja perobohan struktur sedia ada adalah langkah yang perlu bagi membolehkan pembinaan semula kemudahan yang lebih selamat, tersusun dan memenuhi keperluan semua,” katanya, lapor Buletin TV3.

Baru-baru ini tular di media sosial video yang memaparkan tapak peniaga di depan UTC dirobohkan sehingga mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen, yang turut mempersoalkan kenapa tindakan tersebut perlu diambil oleh DBKL.

Melalui projek pembangunan semula itu, sebanyak 20 kiosk modular baharu akan dibina lengkap dengan kemudahan bekalan air dan elektrik, ruang makan berbumbung, pencahayaan yang lebih baik, tempat mencuci tangan, kemudahan pengurusan sisa serta penambahbaikan sistem saliran.

Dalam pada itu Fadlun berkata, sesi libat urus terakhir diadakan pada 10 Februari lalu sebelum keputusan membangunkan semula kemudahan penjaja di lokasi sama dibuat.

“Pada peringkat awal, beberapa pilihan termasuk cadangan penempatan di lokasi alternatif telah diteliti.

“Bagaimanapun selepas mengambil kira pandangan penjaja, faktor lokasi, akses pelanggan dan keperluan komuniti setempat, DBKL memutuskan untuk membangunkan semula kemudahan penjaja di kawasan yang sama,” katanya.

Projek pembangunan semula itu akan melibatkan pembinaan 20 kiosk modular baharu akan dibina lengkap dengan kemudahan bekalan air dan elektrik, ruang makan berbumbung, pencahayaan yang lebih baik, tempat mencuci tangan, kemudahan pengurusan sisa serta penambahbaikan sistem saliran.

Setiap penjaja, juga, katanya akan menerima bantuan RM1,500 sebulan selama tiga bulan sehingga projek berkenaan siap dan penjaja akan kembali berniaga di lokasi sama selepas projek siap tanpa perlu berpindah ke tapak sementara yang mungkin kurang strategik. – 19 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related