HEADLINES

Aktiviti, mesyuarat PN hanya boleh diadakan dengan izin Ahmad Samsuri

Perkara berkenaan terkandung dalam surat yang dihantar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ROS kepada Takiyuddin

5:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebarang aktiviti ataupun mesyuarat yang menggunakan nama Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan keizinan pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan demikian susulan maklum balas rasmi yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melalui surat kepada beliau.

Jelasnya, surat ROS itu yang berhubung berhubung urusan pentadbiran dan pengurusan parti, yang menggariskan butiran mengesahkan penerimaan Minit Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 22 Februari lalu.

Ia juga, katanya mengambil maklum mengenai kelulusan Majlis Tertinggi terhadap peletakan jawatan Pengerusi PN dan pelantikan Pengerusi baharu gabungan berkenaan.

“Surat itu juga mengesahkan penerimaan salinan Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) bertarikh 14 Mac 2026 dan senarai kepimpinan serta pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional baharu, untuk direkodkan oleh pihak ROS.

“Sehubungan itu, PN kekal komited dalam memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta 832,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu undangan media yang mendakwa mesyuarat MT PN akan diadakan pada 8 malam ini dan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, poster yang memaparkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) juga tular di media sosial. – 19 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Expanded quota: M-League clubs allowed to register 33 players for 2025–26 season

MFL adds three local player slots per team, citing absence of youth squads and MFL Cup

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related