◉ HEADLINES

Jangan jadi pendosa jual ‘karipap oksigen, air tebu masam dan lauk basi’, mufti ingatkan peniaga bazar Ramadan

Mufti turut menasihatkan umat Islam agar tidak membeli secara berlebihan di bazar Ramadan sebaliknya mengamalkan konsep bersederhana

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Berniaga dengan jujur, jangan termasuk dalam golongan pendosa,’ demikian nasihat Mufti Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar kepada peniaga bazar Ramadan agar mengelak menjual juadah seperti karipap ‘oksigen’, lauk basi serta air tebu masam.

Bercakap kepada Scoop, Bungsu berkata, peniaga boleh mendapat pahala kerana membantu menyediakan keperluan kepada golongan yang memerlukan seperti orang bujang atau mereka yang tidak sempat menyediakan juadah berbuka kepada keluarga.

Kualiti dan harga makanan di bazar adalah antara isu yang sering diperkatakan pada bulan Ramadan – Alif Omar/Scoop, 6 Mac, 2024

Namun, katanya ia akan bertukar menjadi dosa jika peniaga bazar menipu dalam perniagaan dengan menjual semula lauk semalam dan tidak menjual dalam sukatan yang sepatutnya.

“Saban tahun isu seperti peniaga tidak jujur dalam perniagaan akan timbul. Kita mesti sedarkan masyarakat bahawa perniagaan itu adalah sunnah, dapat pahala buat sesiapa yang meniaga.

“Pahala akan berkurangan sekiranya peniaga tidak jujur dalam perniagaan mereka, contohnya seperti jual karipap inti kosong, menipu sukatan atau menjual semula lauk-pauk yang tidak terjual semalam.

Peniaga boleh mendapat pahala kerana membantu menyediakan keperluan kepada golongan yang memerlukan seperti orang bujang atau mereka yang tidak sempat menyediakan juadah berbuka kepada keluarga – Alif Omar/Scoop, 6 Mac, 2024

“Nasihat saya kepada peniaga, sentiasalah berlaku jujur kerana kejujuran itu adalah kunci perniagaan yang diberkati dan berjaya. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda di hari akhirat nanti golongan peniaga akan dibangkitkan dalam golongan pendosa kecuali mereka yang jujur, amanah dan bertakwa dalam menjalankan perniagaan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai isu yang sering timbul pada bulan Ramadan dengan kualiti makanan antara yang sering diperkatakan.

Dalam pada itu, Bungsu turut menasihatkan umat Islam agar tidak membeli secara berlebihan di bazar Ramadan sebaliknya mengamalkan konsep bersederhana seperti yang dituntut dalam agama.

“Pembeli kena jaga nafsu, kena sentiasa bersederhana dan sebelum beli fikir dulu adakah ini untuk berbuka atau sekadar nafsu sahaja. Kadang-kadang kita beli 10 jenis juadah tapi bila berbuka kita cuma makan untuk dua orang sahaja, bukankah ini membazir,” katanya.

Peniaga bazar Ramadan diingatkan juga untuk menjaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman – Azim Rahman/Scoop, 6 Mac, 2024

Sementara itu, pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris berharap peniaga bazar Ramadan dapat menitik beratkan aspek kebersihan kerana ia dibimbangi mencetuskan salah faham serta fitnah kepada agama itu sendiri jika mereka berniaga dalam keadaan kotor.

“Peniaga yang tidak menjaga kebersihan adalah mereka yang telah mengenepikan sebahagian daripada iman.

“Contohnya, dia buang sampah tepi-tepi gerai, tidak disediakan tempat buang sampah secara spesifik. Selain itu, pakaian peniaga itu kena bersih juga.

“Peniaga tak hensem tak mengapa kerana yang penting adalah bersih. Kebersihan itu bermula daripada penjual itu sendiri,” katanya. – 6 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

◉ Related