◉ HEADLINES

Bekas OCPD Temerloh diperintah bela diri atas 46 tuduhan rasuah

Mahkamah mendapati kesemua 46 pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah teratur dan sah serta tidak melanggar Seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan

1:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff diperintah membela diri atas 46 pertuduhan menerima rasuah bernilai keseluruhan RM69,600 tanpa balasan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Tertuduh, 56, didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara Mac 2019 hingga Januari 2023.

Hakim Sazlina Safie membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Azhar, 56, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, hakim berkata mahkamah mendapati kesemua 46 pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah teratur dan sah serta tidak melanggar Seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, lapor Sinar Harian.

Mahkamah, katanya, berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie selepas membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan kes pendakwaan termasuk keterangan 20 saksi pendakwaan.

“Mahkamah juga memutuskan bahawa anggapan di bawah Seksyen 53 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah terpakai terhadap tertuduh.Mahkamah kemudian menetapkan prosiding pembelaan pada 19 Ogos depan dan Mohd Azhar memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Ifa Sirrhu Samsudin, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Bob S Arumugam dan M Athimulan.

Mohd Azhari mengaku tidak bersalah pada 7 September 2023, terhadap kesemua pertuduhan menerima rasuah tanpa balasan itu yang didakwa diterima melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan membabitkan penerimaan wang antara RM100 hingga RM5,600 daripada empat individu sebagai dorongan untuk melindungi mereka daripada dikenakan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan. – 29 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Immigration clearance at KLIA meets 25-minute target most of the time: home minister

When there are delays, they are due to changes to flight schedules causing simultaneous arrivals

◉ Related