◉ HEADLINES

MOT kenal pasti lima syarikat perintis sistem telematik untuk kenderaan perdagangan: Loke

Telematik ialah teknologi pintar yang menggabungkan sistem GPS, sensor kenderaan dan komunikasi data bagi membolehkan pemantauan operasi kenderaan secara masa nyata.

3:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima syarikat dikenal pasti bersedia untuk menawarkan perkhidmatan rintis telematik kepada operator dan pengendali kenderaan perdagangan di Malaysia, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Telematik ialah teknologi pintar yang menggabungkan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), sensor kenderaan dan komunikasi data bagi membolehkan pemantauan operasi kenderaan secara masa nyata.

Menurut Loke, syarikat berkenaan adalah BSmart System Solution Sdn. Bhd; Navipulse Sdn. Bhd; MyLorry Technology Solutions Sdn. Bhd; Theta Edge Berhad dan ANSA Digital Sdn. Bhd.

Loke memberitahu, syarikat-syarikat itu terlibat dalam pelaksanaan Proof Of Concept (POC) dan memenuhi syarat minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Beliau menegaskan pengiktirafan ini bukan pelantikan eksklusif atau kelulusan mutlak kerajaan terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penyedia sistem telematik.

“Syarikat pengendali kenderaan perdagangan digalakkan untuk melanggani perkhidmatan telematik daripada syarikat-syarikat ini, berdasarkan kesesuaian keperluan operasi masing-masing.

“Pengiktirafan ini adalah bersifat bersyarat dan tertakluk kepada pematuhan berterusan terhadap syarat minimum yang telah ditetapkan oleh MOT,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Majlis Inisiatif Telematik bagi kenderaan perdagangan di Bangi, hari ini.

Menurut Loke, MOT juga mengambil maklum terdapat juga beberapa syarikat lain yang menyatakan minat untuk menawarkan perkhidmatan telematik kepada industri kenderaan perdagangan.

Syarikat tersebut, tambah beliau, akan dinilai oleh Jawatankuasa Khas Sistem Telematik di peringkat MOT bagi memastikan mereka memenuhi syarat minimum kriteria teknikal yang sama sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengiktirafan.

Beliau turut memberitahu, pelaksanaan inisiatif itu akan dilaksanakan secara berfasa dan tersusun dengan mengambil kira Practicality agar ia tidak membebankan industri secara mengejut.

Jelasnya, Fasa Pertama akan dilaksanakan bagi tempoh 2026 hingga 2027, ialah penggunaan sistem telematik secara sukarela dan advokasi kepada industri.

“Dalam tempoh ini, operator digalakkan menggunakan sistem telematik bagi memantau operasi kenderaan dan prestasi pemandu manakala bagi Fasa Kedua, pada 2027, ialah pembangunan Sistem Pangkalan Data Pemandu Kenderaan Perdagangan dan integrasi data telematik secara berpusat.

“Sistem ini akan membolehkan data prestasi pemandu dianalisis dengan lebih menyeluruh dan menyokong pembangunan driver scorecard yang lebih berkesan.

“Fasa Ketiga, yang dicadangkan bermula pada 2028, ialah mempertimbangkan penggunaan sistem telematik sebagai salah satu syarat wajib pelesenan bagi kenderaan perdagangan, setelah 7 tahap kesiapsiagaan industri dan pembangunan sistem Kerajaan berada pada tahap yang memuaskan,’’ katanya.

Loke memberitahu, pendekatan berfasa ini penting kerana Kerajaan tidak mahu melaksanakan dasar secara tergesa-gesa dan mahu membina ekosistem terlebih dahulu, memastikan industri bersedia, penyedia sistem mematuhi standard, dan sistem kerajaan mampu menerima serta menganalisis data secara selamat dan berkesan. – 29 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related