HEADLINES

‘Hari Peneroka tidak dilarang, guna jentera Felda berkempen tidak boleh’: PM

Perdaan Menteri menegaskan isu pembatalan tidak pernah dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri kepadanya dan menyifatkan dakwaan tular di media sosial sebagai tidak berasas

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sekatan terhadap kerajaan negeri menganjurkan program bersama peneroka Felda, namun penggunaan jentera Kerajaan Persekutuan untuk tujuan politik pilihan raya adalah dilarang sama sekali.

“Arahan jelas sudah dikeluarkan — semua acara menggunakan jentera kerajaan tidak dibenarkan sepanjang tempoh kempen pilihan raya. Itu arahan bagi kesemua,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN–Larut) di Dewan Rakyat.

Hamzah sebelum itu mendakwa sambutan Hari Felda di Kluang, Johor dibatalkan atas faktor politik sehingga menjejaskan peneroka. Menafikan dakwaan itu, Anwar menegaskan keputusan program adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Hari Peneroka tidak dilarang. Kerajaan negeri nak bagi geran tanah, itu hal dia… bukan larangan. Tapi untuk gunakan jentera Felda berkempen, tidak boleh,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, isu pembatalan tidak pernah dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri kepadanya dan menyifatkan dakwaan tular di media sosial sebagai tidak berasas.

Beliau menegaskan tiada halangan untuk mana‑mana Menteri Besar memasuki kawasan Felda bagi melaksanakan program masing‑masing.

Menyentuh kebajikan peneroka, Anwar menekankan komitmen kerajaan terhadap agenda pemulihan Felda.

“Felda yang untung besar semasa bekas Pengerusi Raja Muhammad Alias musnah kerana pengurusan yang merosakkan. Sekarang kita pulihkan, kita yang tampung,” katanya, merujuk kepada bantuan RM1 bilion sebulan yang disalurkan bagi menyelamatkan kedudukan kewangan agensi itu.

Beliau turut mengumumkan pelbagai kemudahan baharu dibawa ke kawasan rancangan termasuk pusat dialisis di setiap wilayah Felda serta naik taraf sekolah dan infrastruktur desa.

“Ini anjakan besar berbanding sebelum ini, di mana kawasan Felda sering terlepas daripada projek pembangunan desa menyeluruh,” tegasnya. – 30 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related