◉ HEADLINES

Na’imah, anak-anak dipercayai berada di Eropah

Dalam jawatan bertulis di Dewan Rakyat, Saifuddin berkata polis sedang dalam usaha aktif untuk mengesan kedudukan Na’imah dan anak-anaknya bagi membantu melengkapkan siasatan

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Maklumat risikan dan semakan awal pihak berkuasa mendapati balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid bersama anak-anaknya dipercayai berada di luar negara khususnya di benua Eropah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawatan bertulis di Dewan Rakyat berkata, pada peringkat ini, polis sedang dalam usaha aktif untuk mengesan kedudukan Na’imah dan anak-anaknya.

Saifuddin memberitahu, ia bagi membantu melengkapkan siasatan polis yang sedang berjalan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan bersabit laporan polis Sentul 4034/26 yang sedang disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu berkaitan dengan kesalahan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen,’’ katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH- Kepong) yang ingin mengetahui negara mana ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berada dan apakah usaha kerajaan untuk membawa mereka pulang ke Malaysia.

Pada Mei, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk M Kumar mengesahkan Na’imah dan dua anaknya yang disiasat berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan, masih berada di luar negara.

Pada 27 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menerusi kenyataan berkata, satu laporan diterima pihaknya berkenaan isu terbabit dengan dakwaan melibatkan seorang individu tempatan berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.

Khalid berkata, siasatan perkara itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah.

Bagaimanapun Na’imah dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan beliau cuba menggugat atau menjatuhkan kerajaan sebagai tidak masuk akal, sambil menegaskan tidak pernah terbabit, mempertimbangkan atau menyokong sebarang usaha sedemikian.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, dalam usaha membawa mereka pulang ke tanah air, polis melalui Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Biro Pusat Nasional (NCB) Interpol Kuala Lumpur sedang berkerjasama rapat untuk mengesan lokasi kedudukan sebenar mereka.

“Kementerian ingin menegaskan bahawa segala tindakan yang diambil oleh PDRM adalah berlandaskan kedaulatan undang-undang tanpa prejudis atau agenda terpilih, sebaliknya dilakukan demi memastikan keselamatan dan perundangan negara sentiasa dipelihara,’’ katanya. – 3 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related