◉ HEADLINES

Suspek kes tikam pelajar perempuan direman empat hari, peguam sahkan alami OKU autisme

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi mewakili suspek pada hari ini mengesahkan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 15 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok, Kuala Langat, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi menerusi pesanan whatsapp, lapor Bernama.

Sementara peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi mewakili suspek pada hari ini turut mengesahkan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme.

Terdahulu, suspek berusia 15 tahun tiba di Mahkamah Telok Datok dengan menaiki trak polis pada kira-kira 8.08 pagi tadi sebelum dilihat keluar pada sekitar 9 pagi tadi.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting telah ditahan pihak polis.

JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.

Bapanya ketika ditemui memaklumkan anaknya berusia 15 tahun cedera di bahagian paru-paru selain turut mengalami 16 luka tikaman. – 7 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related