◉ HEADLINES

Saya sedia letak jawatan jika Najib dibebaskan tanpa jalani hukuman setimpal : Nga

Nga berkata pendirian konsisten sepanjang masa iaitu kewibawaan sistem kehakiman negara perlu dipertahankan

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjelaskan beliau bersedia meletak jawatan sekiranya Datuk Seri Najib Razak dilepaskan tanpa menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah disabitkan bersalah.

Sambil meminta pihak yang mendesak supaya beliau meletak jawatan agar merujuk kenyataan penuhnya dalam wawancara eksklusif bersama Oriental Daily, Nga berkata ia merupakan pendirian beliau sebagai peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya.

Pendirian itu, katanya konsisten sepanjang masa iaitu kewibawaan sistem kehakiman negara perlu dipertahankan.

“Jika Datuk Seri Najib yang mengakibatkan rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 billion boleh dilepaskan tanpa menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara ini telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang sepertimana yg termaktub dalam Rukun Negara juga tidak lagi dihormati.

“Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara kita yang tercinta, saya sudi letak jawatan sebagai anggota jemaah Menteri,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu beberapa pihak meminta Nga menunaikan janji dengan meletak jawatan susulan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri Johor semalam, yang menyaksikan gabungan berkenaan menang 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Antaranya Ketua Pemuda Umno, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh dan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang meminta Nga mengotakan janji meletak jawatan.

Mengulas lanjut, Nga berkata pendirian berkenaan tidak ada kaitan dengan soal peribadi, sebaliknya ia merupakan soal prinsip utama.

Dalam pada itu, Nga mengucapkan tahniah kepada BN diatas kemenangan pada PRN Johor semalam.

“Sesungguhnya kemenangan dua pertiga majoriti ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipikul oleh BN dengan penuh berintegriti.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang menyokong Pakatan Harapan dan petugas serta sukarelawan yang bertungkus lumus untuk memenangi PH,’’ katanya.

Ujar beliau, PH tetap komited dan cakna untuk terus bekerja kuat dan berbakti kepada rakyat dan negara.

“Walaupun kami tidak menang kali ini, besok masih ada,’’ katanya. – 12 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

◉ Related