HEADLINES

Terkejut hari kedua Larian Kesyukuran Muar kumpul hampir RM362,000: Syed Saddiq

Dana akan digunakan membeli iPad untuk mahasiswa dan bakul makanan buat golongan memerlukan, simbolik kesyukuran selepas beliau bebas daripada sabitan lima tahun lalu

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hari kedua Larian Kesyukuran Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjaya mengumpul dana sebanyak RM361,848, pencapaian diluar jangkaan melebihi sasaran asal RM200,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Ahli Parlimen Muar itu mengakui terkejut dengan kutipan mencecah lebih dua kali ganda serta sokongan luar biasa berkenaan, memandangkan kutipan dana itu pada awalnya disasarkan untuk dikumpul dalam tempoh empat hari.

“Sebanyak RM361,848. Jujurnya, saya sendiri masih terkejut tengok angka ini. Sasaran asal kita ialah RM200,000 dalam masa empat hari tetapi dalam masa dua hari saja kita bukan sahaja dah capai, malah dah melebihinya. Alhamdulillah,” katanya dalam perkongsian video di media sosial, hari ini.

Difahamkan sejak memulakan larian Syed Saddiq menerima sambutan cukup meriah terutama sebaik memasuki Negeri Sembilan.

Kehadiran Syed Saddiq cukup dinantikan malah ada penduduk yang sanggup menunggu di tepi jalan semata-mata untuk menyerahkan sumbangan tunai serta memberikan sokongan moral buat beliau.

Larian Kesyukuran Muar sejauh kira-kira 170 kilometer itu bermula 16 Julai lalu dari Putrajaya menuju ke Muar, Johor.

Dana yang dikumpulkan menerusi larian berkenaan akan digunakan untuk membeli iPad kepada mahasiswa yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, selain menyediakan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.

Larian itu juga simbolik tanda kesyukuran beliau selepas melalui perjuangan panjang membersihkan nama dan maruahnya.

Pada 13 Julai lalu, Syed Saddiq bebas sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pendakwaan.

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, bekas Menteri Belia dan Sukan yang berusia 34 tahun itu, ia menoktahkan perjuangan undang-undang yang berlarutan sejak lima tahun lalu.

Pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq, 33, daripada empat pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Nov 2023.

Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas keputusan itu. – 18 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related