◉ HEADLINES

Ayob Khan umum bersara mulai Ahad selepas 35 tahun dalam PDRM

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan beliau akan bersara Ahad ini, selepas berkhidmat hampir 35 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Insya-Allah, Ahad ini adalah hari terakhir saya dalam pasukan selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama polis,’’ katanya pada sidang media selepas pelancaran buku biografinya, From Pendang to Bukit Aman: The Integrity Journey of Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini.

Ayob Khan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan selepas bersara, Ayob berkata, keutamaannya kini adalah berehat terlebih dahulu selepas menamatkan perkhidmatan.

Bagaimanapun kata Ayob, beliau mungkin akan membuka restoran dan dan orang ramai berpeluang melihatnya dalam suasana berbeza.

Dalam nada berseloroh beliau berkata:

“Nanti mungkin orang nampak saya pakai kain pelikat dan baju pagoda sambil menebar roti canai.”

Sementara itu, pada majlis yang sama, Ayob Khan berkata, ancaman daripada unsur militan dan ekstremis tidak akan pernah lenyap kerana mereka sentiasa berevolusi dengan menggunakan pendekatan serta teknik baharu untuk merekrut ahli.

Antara kaedah merekrut yang dilakukan kumpulan ekstremis ialah termasuk menggunakan permainan video pelbagai pemain.

“Dulu perekrutan dibuat secara bersemuka, tetapi kini semuanya dilakukan secara dalam talian. Mereka menggunakan permainan video seperti Roblox untuk mendekati ahli baharu, selain pelbagai kaedah lain,’’ katanya. – 23 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

◉ Related