◉ HEADLINES

Proses kiraan undi awal PRN NS hanya dilaksana pada 1 Ogos: SPR

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, SPR menjelaskan sebuah poster infografik memaparkan Perikatan Nasional (PN) mendahului undi awal bagi PRN berkenaan yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar

11:57 AM MYT

 

SEREMBAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengiraan undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung semalam hanya akan bermula pada 5 petang, Sabtu ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, SPR menjelaskan sebuah poster infografik memaparkan Perikatan Nasional (PN) mendahului undi awal bagi PRN berkenaan yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar.

“Proses kiraan pengundian awal PRN Negeri Sembilan hanya akan bermula pada 5 petang, 1 Ogos 2026 selepas selesai urusan pengundian biasa,” menurut hantaran itu. 

SPR turut menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada pengumuman rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih berhubung keputusan pilihan raya.

“Elakkan daripada menyebar atau mempercayai sebarang maklumat palsu kerana ia menjejaskan kelancaran proses pilihan raya,” menurut hantaran tersebut.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan semalam melibatkan secara keseluruhan seramai 22,339 pemilih dengan 16,467 orang mengundi secara fizikal merangkumi 11,293 tentera dan pasangan serta 5,174 polis dan pasangan manakala selebihnya mengundi secara pos.

Sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 pengundi awal melaksanakan tanggungjawab mereka sekali gus melepasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan SPR.

Pada Sabtu ini, sebanyak 867,151 pemilih biasa akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu, yang menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – 29 Julai, 2026

 

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related