◉ HEADLINES

Dua kubu kuat DAP dirampas MCA iaitu Chennah, Repah

MCA berjaya merampas dua kubu kuat DAP iaitu DUN Chennah yang dipegang oleh Loke sejak 2013 dan DUN Repah

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – MCA berjaya merampas dua kubu kuat DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini termasuk kerusi yang sebelum ini disandang oleh Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke sejak 2013.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, kerusi tersebut ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan DUN Repah.

“Tahniah kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong,’’ katanya di Wisma Umno, Negeri Sembilan, sebentar tadi.

DUN Chennah menyaksikan kejutan apabila Loke, yang sebelum ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chennah selama tiga penggal, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari MCA, Siow Kong Choon.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diumumkan oleh Asyraf Wajdi, Menteri Pengangkutan itu yang meraih 4,413 undi manakala Siow berjaya mendapat 5,522 undi setakat 8.51 malam ini.

Loke menyandang DUN Chennah sejak 2013. 

Sementara di Repah pula, Koh Kim Swee (BN – MCA) berjaya menewaskan penyandang kerusi berkenaan, S Veerapan (PH – DAP). – 1 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related