HEADLINES

[KEMAS KINI] Ismail Sabri akan didakwa di IJN

Pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu dipercayai berhubung pengisytiharan harta

8:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Institut Jantung Negera (IJN) hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM).

Perkara berkenaan disahkan oleh peguamnya, Ragunath Kesavan ketika dihubungi media.

Ia selepas Ahli Parlimen Bera itu, yang dijadualkan dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini, dimasukkan ke IJN.

Sementara sumber daripada Peguam Negara (AGC) memaklumkan bahawa pasukan pendakwaan akan hadir di mahkamah terlebih dahulu sebelum menuju ke IJN.

“Kami akan pergi ke mahkamah terlebih dahulu, tetapi besar kemungkinan akan ke IJN selepas itu,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, pengamal media dilaporkan sudah berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan di IJN sejak awal pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini kes terbabit.

Sementara semakan sistem mahkamah memaklumkan pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung pengisytiharan harta.

Sebelum ini, beliau sudah beberapa dipanggil bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Pada 7 Julai tahun lepas, SPRM memfailkan permohonan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta milik Ismail Sabri yang disita daripada bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus kepada Kerajaan Malaysia.- 7 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related