◉ HEADLINES

‘Kamu tidak boleh memuaskan hati semua orang’ : Nurul Izzah akan teruskan perjuangan kepada masyarakat

'Saya memilih untuk terus berjuang, bukan secara terus dalam parti, tapi menerusi laluan masyarakat Madani,' kata Nurul Izzah

11:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR yang bakal berundur, Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan meneruskan perjuangan tetapi bukan secara langsung dalam parti sebaliknya menerusi masyarakat awam.

“Saya memilih untuk terus berjuang, bukan secara terus dalam parti, tapi menerusi laluan masyarakat Madani,” katanya ketika berucap pada perasmian Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan 2026 di Melaka, hari ini.

Nurul Izzah turut menyentuh mengenai perjalanan politiknya di mana ada pihak yang tidak dapat menerima kekalahannya pada 2022 (Pilihan Raya Umum).

Begitu juga dengan kemenangan pada 2025 (pemilihan), di mana ada pihak yang tidak dapat menerimanya dan mempersoalkan keputusannya untuk berundur pada 2026.

“Anda tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi anda hanya boleh kekal jujur kepada diri sendiri,’’ katanya.

Spekulasi mengenai hasrat Nurul Izzah untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR sudah lama kedengaran sejak Mac, namun beliau menafikannya.

Namun pada 6 Ogos lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan memaklumkan mesyuarat yang diadakan telah membincangkan mengenai permohonan Nurul Izzah untuk berundur sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, selepas mendengar pandangan Nurul Izzah dan pimpinan parti berkenaan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum.

MPP juga memutuskan supaya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden, menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Sementara itu, Nurul Izzah yang menjadi tumpuan media bagaimanapun mengelak diri daripada menjawab mengenai keputusannya untuk berundur sebagai Timbalan Presiden PKR.

Beliau tidak memberikan sebarang komen ketika didekati media.

Dalam pada itu, Nurul Izzah ketika berucap pada majlis berkenaan turut mengingatkan ahli-ahli PKR bahawa ia tidak boleh menjadi sebuah parti yang kuat sekiranya dibelenggu pergolakan dalaman.

“Kita tidak boleh menjadi sebuah organisasi yang kuat jika wujud parti dalam parti, dua nakhoda yang mengemudi satu kapal, atau kewujudan tangan ghaib, struktur kuasa tersembunyi di sebalik struktur kuasa yang kelihatan,” katanya.

PKR juga, katanya, tidak boleh menjadi sebuah parti yang kuat selagi tenaga yang ada dihabiskan untuk pertikaian dalaman.

“Setiap jam yang kita habiskan untuk bergaduh dan bertelagah sesama sendiri adalah satu jam yang tidak kita gunakan untuk memenangi hati rakyat,” tambahnya.

Meskipun setiap tugas bukannya mudah, namun Nurul Izzah menekankan bahawa fokus utama parti ialah kepada usaha mendemokrasikan ekonomi, berlumba-lumba melakukan kebaikan dan memenangi pilihan raya. – 14 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cost-cutting measure? HSBC tells more than 100 staffers in Malaysia of Accenture ‘transfer’

Employees reportedly assured they will have jobs with the global professional services and technology firm as HSBC shifts some backend operations

Anak Krakatau ash cloud grounds AirAsia Jakarta routes

AirAsia has been forced to cancel and reschedule multiple flights between Kuala Lumpur and Jakarta after violent new ash plumes from Indonesia’s notorious Anak Krakatau volcano threatened air traffic safety

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related