◉ HEADLINES

Isu beras campur: Serah kepada Jawatankuasa Fatwa negeri tentukan kadar zakat fitrah

Jika isu itu jelas terbukti, ia boleh dibawa kepada pihak berkenaan untuk dipertimbangkan semula, kata Na'im

1:48 PM MYT

 

PETALING JAYA – Penetapan semula kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri bagi menentukannya, susulan isu pembongkaran beras campur baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jika isu itu jelas terbukti, ia boleh dibawa kepada pihak berkenaan untuk dipertimbangkan semula kerana kadar zakat fitrah ditetapkan ketika ini berdasarkan keputusan fatwa terdahulu.

“Penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira ketika sesuatu fatwa atau keputusan yang telah dibuat. Jadi, maknanya semasa fatwa itu dikeluarkan menetapkan jumlah beras tersebut RM7, RM15 dan RM20, yang itulah dibuat masa berkenaan.

“Bagi mengkaji semula kadar berkenaan, memang saya serahkan kepada kebijaksanaan Jawatankuasa Fatwa ataupun Majlis Agama Islam Negeri untuk menetapkan berada jumlah kadar zakat fitrah itu, tetapi bukanlah dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan sijil Malaysia Book Of Records dan pelancaran produk baharu Ayam Gepuk Pak Gembus di sini malam tadi.

Pada Rabu, media melaporkan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) mendapati kira-kira 50 peratus daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas pihak berkuasa dicampur beras putih tempatan.

Berdasarkan semakan Bernama di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003, harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg).

Harga zakat fitrah bagi Sabah dan Sarawak pula berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White untuk kedua-dua negeri itu mengikut timbangan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7 kg. – 28 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related