◉ HEADLINES

Anwar umum ikhtiar penting untuk rakyat esok

Pengumuman ikhtiar penting yang menyentuh mengenai kebimbangan dan kehidupan rakyat itu akan dibuat pada Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting melibatkan rakyat yang akan disampaikan pada Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) esok.

Perdana Menteri dalam hantaran di Facebooknya berkata, beliau akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam amanat tersebut yang menyentuh mengenai kebimbangan serta kehidupan rakyat.

Amanat Perdana itu dijadualkan pada jam 3 petang.

“Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok.

“Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan,’’ katanya.

Beliau turut mengajak rakyat untuk mengikuti amanat berkenaan secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.

“Ayuh kita semarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan membugar semangat perpaduan dan menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat,’’ katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata beliau akan membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam sambutan ambang merdeka dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu. – 29 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related