HEADLINES

JPM Agama tolak drama ‘Madu atau Racun’, Jakim semak kandungan songsang

Isu sensitiviti agama dan norma budaya bukan bahan pertaruhan seni, kerajaan gesa penggiat seni lebih bertanggungjawab

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bantahan awam terhadap siri televisyen kontroversi ‘Madu atau Racun’ mendapat perhatian tegas pihak kerajaan apabila Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyuarakan pendirian rasmi menolak penayangannya.

Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya amat kesal atas tindakan menyerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

“Penerapan unsur-unsur bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya ketimuran ini perlu dibendung agar pegangan akidah dan nilai moral masyarakat, khususnya generasi muda, sentiasa terpelihara.

“JPM (Hal Ehwal Agama) menegaskan bahawa prinsip ajaran Islam sentiasa meletakkan keutamaan kepada pemeliharaan kesucian institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama, manakala pemaparan gaya hidup songsang adalah bertentangan sama sekali dengan nilai murni tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keresahan masyarakat tercetus selepas drama 12 episod yang mula bersiaran di sebuah platform penstriman berbayar pada 23 Ogos lalu itu didakwa menampilkan adegan keterlaluan.

Naskhah yang dibintangi pelakon popular seperti Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha itu menerima kecaman hebat warganet yang mendesak penayangannya dihentikan serta-merta kerana didakwa menonjolkan elemen songsang.

Menjawab desakan itu, Zulkifli memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini dipanggil untuk bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi menyemak kandungan drama tersebut serta menentukan langkah susulan.

Siasatan dan tindakan penapisan akan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam dan peruntukan undang-undang sedia ada demi memastikan kesucian agama sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar penggiat industri seni tidak sewenang-wenangnya membelakangkan sensitiviti awam demi mengejar populariti.

“JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru semua penggiat seni, penerbit, dan stesen penyiaran agar sentiasa peka serta bertanggungjawab dengan menjadikan garis panduan rasmi yang ditetapkan sebagai rujukan utama dalam menghasilkan karya yang mendidik jiwa dan membina sahsiah bangsa.

“Industri seni dan platform media sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium menyemaikan nilai-nilai kebaikan, bukannya mencetuskan polemik yang menjejas keharmonian norma masyarakat,” tegasnya. – 2 September, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related