◉ HEADLINES

Platform e-dagang disalah guna jual dadah, MCMC sudah adakan pertemuan, tunggu maklum balas: Fahmi

Fahmi berkata, kebanyakan platform e-dagang di Malaysia melarang penjualan produk terlarang, termasuk dadah seperti fentanil, namun beliau menyuarakan kebimbangan apabila terdapat sebuah platform yang dilihat terlalu mudah membenarkan produk sedemikian ditawarkan

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan pertemuan dengan sebuah platform utama susulan isu perjualan produk terlarang termasuk dadah secara dalam talian.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau masih belum menerima perkembangan mengenai hasil pertemuan itu setakat pagi ini.

Fahmi berkata, kebanyakan platform e-dagang di Malaysia melarang penjualan produk terlarang, termasuk dadah seperti fentanil, namun beliau menyuarakan kebimbangan apabila terdapat sebuah platform yang dilihat terlalu mudah membenarkan produk sedemikian ditawarkan.

“Tidak mustahil akaun yang menjual produk terlarang ini merupakan akaun palsu,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian di luar acara Huawei WAIC Connect Malaysia 2026 Symposium hari ini.

Sebelum ini, MCMC diarahkan mengadakan pertemuan dengan platform e-dagang susulan kebimbangan terhadap kegiatan penjualan dadah secara dalam talian, termasuk fentanil dan bahan yang disebut sebagai “piu-piu”.

Fahmi berkata beliau menerima mesej daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai gejala berkenaan yang dilihat semakin merisaukan.

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, Kementerian Komunikasi sedia bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia serta agensi berkaitan bagi memperkukuh kawal selia e-dagang dan membendung penjualan barang terlarang.

Beliau berkata kerjasama itu penting memandangkan masih terdapat kelompangan dalam ekosistem e-dagang negara, khususnya apabila platform e-dagang pada masa ini belum tertakluk kepada pelesenan.

“Memang ada kelompangan dalam sistem e-dagang. Pada masa ini, e-dagang belum lagi dilesenkan, jadi kita perlu meneliti perkara ini,” katanya.

Fahmi menegaskan bahawa platform perlu menangani isu pembukaan akaun palsu dan penjualan produk terlarang, bukannya sekadar membuang kata kunci carian yang boleh menyebabkan produk berkenaan lebih sukar ditemui tanpa menyelesaikan masalah sebenar.

“Itu tidak sepatutnya menjadi caranya,” katanya sambil menambah bahawa platform perlu menghalang akaun palsu daripada diwujudkan bagi tujuan menjual dadah. – 8 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

High-Tech, sustainable, and aligned: Budget 2026 validates Grab Malaysia’s core mission

Grab Malaysia remain committed to continue collaborating with the government and like-minded, industry stakeholders to future-proof the nation

◉ Related