HEADLINES

Berbaju Melayu jumpa Putin, Anwar sifatkan ia ‘pertemuan hebat’

Rusia adalah anggota pengasas kerjasama BRICS manakala Malaysia hadir dalam kapasiti sebagai negara rakan kongsi

10:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan dua hala antara beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai ‘satu pertemuan yang hebat’.

Anwar yang berbaju Melayu, bersongkok dan lengkap bersamping itu, mengadakan pertemuan dengan Putin selama 20 minit di Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi.

“Ia adalah satu pertemuan yang hebat. Selebihnya esok,” katanya.

Rusia adalah anggota pengasas kerjasama BRICS manakala Malaysia hadir dalam kapasiti sebagai negara rakan kongsi.

Pertemuan dengan Putin adalah pertemuan dua hala pertama Anwar selepas ketibaan beliau.

Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan salam hormat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Putin pada pertemuan dua hala itu, lapor Bernama.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyampaikan salam hormat baginda,” kata Anwar.

@scoopdotmy

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan dua hala antara beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai ‘satu pertemuan yang hebat’. Anwar yang berbaju Melayu, bersongkok dan lengkap bersamping itu, mengadakan pertemuan dengan Putin selama 20 minit di Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi. #AnwarIbrahim #VladimirPutin #BRICS #Malaysia #Russia

♬ original sound – Scoopdotmy

Perdana Menteri turut mengulangi jemputan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk melakukan lawatan negara ke Malaysia.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta Persekutuan pada 31 Jan 2024 telah melakukan tiga lawatan ke Rusia atas jemputan Putin.

Baginda melakukan lawatan negara sulung ke Rusia pada Ogos 2025, diikuti lawatan khas ke Saint Petersburg pada Januari 2026.

Pada Mei tahun ini, baginda berlepas ke Moscow menjelang sambutan Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei.

Sementara itu, sidang kemuncak yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi itu bertemakan “Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama dan Kemampanan”, dengan tumpuan khusus terarah kepada usaha memperkukuh daya tahan, kerjasama ekonomi serta pembaharuan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Malaysia dan Rusia telah mengekalkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 1967, dengan kerjasama merangkumi perdagangan dan pelaburan, tenaga, pendidikan, pelancongan, pertahanan serta bidang lain.

Pada 2024, jumlah perdagangan ASEAN-Rusia mencecah USD18.1 bilion manakala pelaburan langsung asing Rusia di ASEAN berjumlah RM367.90 juta (USD92.97 juta).

Bagi Malaysia, Rusia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar negara dalam kalangan negara Eropah pada 2025, dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.72 bilion (USD2.04 bilion).

Eksport utama Malaysia ke Rusia merangkumi produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan dan komponen, serta makanan diproses; manakala import utama terdiri daripada produk petroleum, mineral, bahan kimia dan produk berasaskan kimia. – 12 September, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related