◉ HEADLINES

Semua kegiatan PN digantung, bukan dibatalkan pendaftaran: RoS

Menurut RoS, perintah penggantungan ini bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) kini digantung, bukan dibatalkan.

Dalam kenyataannya, RoS memberitahu, perintah penggantungan itu berkuatkuasa semalam dan dilakukan mengikut Subseksyen 13(2A) Akta 832.

RoS menegaskan notis berkenaan bertujuan meminta PN memberikan penjelasan berkenaan aduan yang dilaporkan oleh Bersatu kepada jabatan berkenaan dan ia bukan keputusan pembatalan pendaftaran.

“Perintah penggantungan ini bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.

“RoS menyeru semua pihak agar merujuk kepada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh jabatan ini, serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam,” katanya, lapor media.

Semalam, beberapa media melaporkan mengenai satu tangkap layar yang didakwa sebagai surat pembatalan pertubuhan PN yang dikeluarkan oleh RoS.

Notis bertarikh 22 September 2026 itu dikatakan memberikan tempoh 30 hari kepada Pengerusi PN untuk mengemukakan representasi kepada RoS.

Sebelum ini, RoS mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Bersatu dengan antaranya mengenai dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.

Malah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, parti itu telah mengemukakan lapan perkara pokok yang didakwa telah dilanggar dan tidak dihormati pimpinan PN ketika ini.

Sementara Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada malam tadi, mengesahkan menerima notis daripada RoS berhubung penjelasan berkaitan status PN namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Menurut Azmin, Bersatu akan meneliti kandungan notis berkenaan sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut. – 24 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related