◉ HEADLINES

Rais Yatim mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasut

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum berdasarkan Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali

11:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini dan mohon dibicarakan atas tuduhan menghasut pada Jun lepas.

Rais, 84, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Berdasarkan pertuduhan, Rais yang juga pengerusi Parti Wawasan negara didapati telah menyebut perkataan menghasut iaitu “mendoakan selamat kepada Tunku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12. Jadi, selepas ini, bebaslah, yang, Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar ke-12, melakukan apa-apa sahaja hal kedirajaan. Dan seruan kami ialah tumpukanlah taat setia kepadanya, oleh kerana kita mengikut lunas undang-undang dan juga lunas adat yang ada di Negeri Sembilan”.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Parkroyal A’Famosa Melaka Resort, Jalan Kemus, Simpang Ampat di Alor Gajah kira-kira 1 petang pada 5 Jun lepas.

@scoopdotmy

Pengerusi Parti Wawasan Negara Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh hari ini bagi menghadapi pertuduhan Akta Hasutan. #RaisYatim #mahkamah #polis #pdrm #ayerkeroh

♬ original sound – Scoopdotmy

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum berdasarkan Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrizat Ismail, Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd Izhar memohon jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Rais yang diwakili lima peguam termasuk anaknya Danni pula memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh memberikan kerjasama yang baik dengan hadir ke mahkamah pada pagi ini walaupun lewat dimaklumkan pada malam semalam.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 27 Okt depan. – 25 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related