◉ HEADLINES

Jerebu: Sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan ditangguhkan

Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah proaktif menangguhkan acara tumpuan HSN 2026 berikutan kualiti udara yang tidak selamat, demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang ramai

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat kebangsaan di Bukit Jalil yang dijadualkan esok, ditangguhkan susulan situasi jerebu sedang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini memaklumkan tarikh baharu penganjuran akan diumumkan kelak, tertakluk kepada pemulihan kualiti udara ke tahap yang selamat bagi aktiviti luar.

Menurut KBS, keputusan berkenaan dibuat atas nasihat dan persetujuan Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari serta menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung keadaan jerebu yang melanda negara. 

KBS memaklumkan ia dibuat sebagai langkah proaktif dan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada para peserta, penganjur dan orang ramai.

“Susulan perbincangan terperinci bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, KBS telah meneliti implikasi penganjuran acara berskala besar dalam keadaan semasa.

“Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan KBS dan aspek kesihatan awam serta keselamatan semua pihak yang terlibat telah diambil kira sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, KBS memaklumkan penganjuran HSN di peringkat negeri dan lain-lain peringkat serta lokasi adalah tertakluk kepada situasi setempat dan ketetapan pentadbiran masing-masing.

Menurut KBS, setakat siaran media ini dikeluarkan, sambutan HSN yang ditangguhkan meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara penganjuran berjalan seperti dirancang bagi Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Perak, Sabah, Sarawak dan Labuan.

KBS turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengehadkan aktiviti fizikal di luar rumah buat masa ini serta sentiasa mematuhi nasihat dan panduan kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari semasa ke semasa. – 9 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related