HEADLINES

Samsuri pengerusi PN yang baharu? Sekeping gambar bersama Muhyiddin perkuat spekulasi

Hadi sebelum ini mengesahkan PAS akan mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional susulan peletakan jawatan Muhyiddin berkuatkuasa 1 Januari

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar pertemuan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memperkuatkan spekulasi bahawa Menteri Besar Terengganu itu akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

Gambar berkenaan dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Alhamdulillah. Insya-Allah,’’ demikian kapsyen yang ditulis dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Syahir bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut mengenai gambar tersebut, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian.

Sebelum ini nama Ahmad Samsuri disebut-sebut sebagai Pengerusi PN bagi menggantikan Muhyiddin, yang meletak jawatan berkenaan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Malah satu lagi nama yang disebut-sebut iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak tawaran untuk memegang jawatan Pengerusi PN sebaliknya mencadangkan Ahmad Samsuri sebagai calon yang lebih sesuai bagi menerajui gabungan itu.

Baru-baru ini, Hadi mengesahkan PAS akan mengambil kepimpinan PN sebagai pengerusi gabungan tersebut dan bagi tujuan itu, mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi memilih pengerusi baharu.

“PAS mempunyai ramai calon yang sesuai, termasuk ahli politik dan teknokrat. Apa yang pasti, pengerusi itu akan dipilih daripada kalangan pemimpin PAS,’’ katanya.

Kekosongan jawatan Pengerusi PN berlaku susulan pengumuman Muhyiddin untuk meletak jawatan, berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas lebih lima tahun memimpin gabungan itu.

Pengunduran Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu turut disertai beberapa pemimpin Bersatu lain.

Mereka ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan Setiausaha Agung PN dan pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Pengerusi PN Negeri Sembilan). – 6 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related