◉ HEADLINES

Kerajaan belum cadang laksana EPR wajibkan pengeluar, pengimport kenderaan EV tanggung kos lupus bateri

Pelaksanaannya EPR memerlukan penelitian lanjut dari aspek perundangan, tanggungjawab pengeluar dan pengimport serta mekanisme pembiayaan di samping penyelarasan dasar antara NRES dan MITI

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum menetapkan cadangan mewajibkan mekanisme Extended Producer Responsibility (EPR) dilaksanakan ke atas pengeluar dan pengimport kenderaan elektrik (EV) untuk mengambil semula serta menanggung kos pengurusan bateri selepas tamat hayat.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam jawapan bertulis menerusi laman web Parlimen berkata, ini kerana pelaksanaannya memerlukan penelitian lanjut dari aspek perundangan, tanggungjawab pengeluar dan pengimport serta mekanisme pembiayaan di samping penyelarasan dasar antara kementerian itu dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pada masa ini, kata NRES, bateri EV yang menjadi buangan terjadual dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, khususnya kod SW103.

Katanya, penjana buangan bertanggungjawab memastikan bateri tersebut dikendalikan, disimpan dan dihantar ke premis yang dibenarkan mengikut keperluan perundangan.

“Sehingga 4 Mac lalu, terdapat tujuh fasiliti pemerolehan kembali luar tapak bagi buangan terjadual kod SW103 yang beroperasi di Kedah, Selangor, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kemudahan ini menyokong aktiviti pemerolehan kembali bahan bernilai daripada bateri terpakai, termasuk litium, nikel dan kobalt.

“Berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS), sejumlah 13,743.15 tan metrik buangan bateri di bawah kod SW103 telah dijana di seluruh negara bagi tempoh 2021 hingga 2025.

“Bagaimanapun, buat masa ini jumlah tersebut merangkumi buangan bateri yang dikelaskan di bawah kod berkenaan dan tidak terhad kepada bateri kenderaan EV sahaja,’’ katanya.

NRES menjawab soalan Mohd Nazri Abu Hassan (PN – Merbok) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang mewujudkan prinsip EPR yang mewajibkan pengeluar dan pengimport kenderaan EV mengambil semula serta menanggung kos pelupusan bateri selepas tamat hayatnya.

Mengulas lanjut, NRES berkata, pengesahan lanjut terhadap rekod pengurusan buangan terjadual diperlukan bagi mengenal pasti jumlah khusus bateri EV yang telah dilupuskan atau dikitar semula bagi tempoh 2021 hingga 2026.

Menurut NRES, ia sentiasa menyokong pembangunan industri automotif negara yang mampan, dengan memastikan kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi bergerak seiring dengan pemeliharaan alam sekitar.

“Matlamat akhir adalah untuk memastikan kemajuan teknologi yang dinikmati pada hari ini tidak menjadi beban alam sekitar yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang.

“Justeru, komitmen dan tanggungjawab bersama semua pihak amat penting bagi merealisasikan pembangunan industri EV yang benar-benar lestari,’’ katanya. – 16 Oktober, 2026

.

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related