◉ HEADLINES

Nik Nazmi nafi lakukan perbuatan sumbang, mohon maaf pada keluarga, parti

'Seperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka,' kata Nik Nazmi

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau merupakan salah seorang daripada dua individu yang dilaporkan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membabitkan dakwaan khalwat, kelmarin.

Dalam kenyataan menerusi Facebook, Nik Nazmi yang merupakan pemimpin Parti Bersama berkata, beliau bersama-sama rakan-rakannya telah mengadakan perbincangan di studio mereka di Brickfields dan kemudiannya memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya kerana ingin melihat beberapa bahan berkaitan dengan projek yang dibincangkan.

Sambil menyatakan beliau tidak mahu memanjangkan isu terbabit, Nik Nazmi memberitahu, ketika pegawai JAIS tiba, hanya ada beliau dan wanita tersebut sahaja di situ.

“Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan. Seperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.

“Saya ingin memohon maaf kepada isteri keluarga dan keluarga kami dan semua yang terkesan di atas kesilapan pertimbangan pada waktu kejadian yang tidak sewajarnya berlaku,’’ katanya bagi menjawab laporan mengenai tangkapan JAIS dalam kes dua individu bukan muhrim di dalam tempat tertutup di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.

Semalam, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan tangkapan membabitkan figura awam yang dijalankan di sekitar daerah Petaling pada jam 6 petang, kelmarin.

Mohd Shahzihan berkata, individu itu yang juga pemimpin sebuah parti politik berusia 44 tahun dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam bagi proses dokumentasi.

Beliau berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi memohon maaf kepada parti Bersama kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokongnya, memandangkan isu terbabit menjejaskan parti dan akan menerima apa jua keputusan parti. “Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media,’’ katanya. – 17 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related